Wednesday, 20 May 2009

KEM NERAKA

Setakat umur aku sekarang, inilah kem yang paling teruk dari segi fizikal dan mental yang pernah aku lalui. Kem ini diadaptasi daripada latihan sebenar Pasukan Gerakan Am (PGA) atau dahulunya dikenali sebagai Pasukan Polis Hutan. Tetapi tidak sampai 30% daripada latihan sebenar. 6 hari bagaikan waktu yang cukup memeritkan dalam hidup aku. Tanyelah Cik Noor macam mana keadaan kaki aku yang melecet. 1 kuku rasanya sudah mati.

HARI 1
Bertempat di Markas PGA Briged Tengah, Cheras. Bermula dengan upacara perasmian. Melihat aksi skuad elit Tiger, Briged Tengah beraksi. Rasa teruja sangat tanpa sedar yang selepas itu bala akan datang. Kemudian terus masuk ke kelas yang mana kelas dibuat dalam khemah besar ala-ala khemah orang kahwin di tengah padang dalam keadaan panas terik! Cukup panas kerana terpaksa memakai but dan pakaian tebal( pakaian polis untuk masuk hutan). Petang harinya peserta tanpa sebarang amaran disuruh untuk berlari 2.4 kilometer dalam masa 15 minit! Aduh...Sudahlah pakai but keras. Habis hancur kakiku.

HARI 2
Ingatkan azab sudah berakhir tetapi rupa-rupanya celik sahaja mata terus dipaksa berlari menaiki bukit dan mengelilingi kem PGA tersebut. Cukup malang rasanya waktu itu. Melecet tambah parah tatkala but yang dipakai terasa semakin ketat. Tidak tahu kenapa. Semua peserta rasa ingin pulang sahaja ke kampung. Kemudian terus masuk ke kelas di tengah panas. Untuk pengetahuan, jarak antara kelas, dewan makan dan tempat penginapan cukup jauh dan kami terpaksa pergi ke tempat tersebut dalam keadaan berkawad. Seksanya tuhan sahaja yang tahu!

HARI 3
Seperti biasa masuk ke kelas untuk belajar membaca peta dan pandu arah. Turut diselitkan ialah cara ikhtiar hidup. Disebabkan semua sudah tidak bermaya, deraan dikurangkan oleh jurulatih...huhu. Akan tetapi pada malah hari selepas isya' kami telah dibawa menaiki trak polis. Mengapa? Untuk berlari 8 kilometer! Dengan kaki yang melecet teruk kami kuatkan semangat. Naik turun bukit tetapi destinasi yang dituju tidak sampai-sampai. Baju basah macam baru lepas terjun sungai. Penat bukan kepalang. Mujur di malam hari. Kami diiringi Skuad Elit Tiger. Dikatakan skuad elit ini boleh berlari sejauh 7 kilometer tanpa henti dengan membawa beg seberat 20 kilogram dan senapang M16.

HARI 4
Tibalah masa praktikal selepas semua teori dipelajari. Kami dibawa menaiki trak ke Hutan Simpan Sungai Sendat, Ulu Yam. Khemah didirikan. Hari pertama di hutan sudah merasa tidur dalam hujan. Cukup malang rasanya kerana badan yang penat terpaksa tidur dalam kebasahan. Menggigil kami kesejukan menjelang waktu Subuh.

HARI 5
Praktikal membaca peta dan pandu arah. Terpaksa berlari keluar masuk hutan untuk mencari arah yang telah ditetapkan oleh jurulatih. Kaki yang melecet telah hilang rasa pedihnya disebabkan terlalu lama sakit. Ada peserta wanita yang tercabut kuku. Sakit beb!

HARI 6
Paling mencabar. Hari praktikal ikhtiar hidup. Semua barang dan khemah dikemaskan. Kami dibawa oleh jurulatih sehelai sepinggang masuk ke hutan. Hanya water bottle dibenarkan dan sedikit makanan. Kami dibawa ke kawasan puncak bukit. Perjalanan ke sana tidaklah terlalu lama. Kaki yang sakit sudah tidak merasa apa-apa. Kami sampai di waktu petang. Tempat tidur dibuat menggunakan daun bertam. Malam itu kami akan bermalam di sini manakala jurulatih akan pulang ke kem. Terasa amat sejuk. Mujur hujan tidak jadi turun. Kami bergilir-gilir mengawal khemah bimbang diserang binatang buas ataupun Skuad Elit Tiger. Disebabkan tempat tidur sudah penuh aku tidur di bawah pokok sahaja, beralaskan tanah dan berbumbungkan langit luas. Selepas Subuh terdengar bunyi bom dan tembakan. Kami diserang Skuad Elit Tiger! Bom dan peluru olok-olok digunakan tapi bunyinya bagaikan berada dalam zon perang sebenar.

Pukul 10 majlis penutup diadakan. Semua peserta tidak sabar untuk menaiki bas dan pulang ke UiTM. Tetapi ada pula segelintir peserta yang tergedik-gedik hendak mandi sungai dikala majoriti peserta hendak terus pulang ke UiTM. Aku menjerit, "Sapa nak mandi aku terajang!". Pengakhirannya majoriti hendak pulang awal. Tidak tahan rasanya lagi.

Sejenak difikirkan kembali 6 hari tersebut terasa puas di hati kerana walaupun perit tetapi semua halangan berjaya diatasi. Mental mesti kuat! Dan apa yang penting?? "kerjasama!"

11 ◄ cOmment(s):

C'Nor said...

tahniah sbb b'jya harungi sume 2..
cam x caya je..hehe
da blik umah nie..
rest ckp2..ok?
pe2 pn..
pnglmn dpt mematangkan hidup kte..
:)

Amirul Syafiq Mahadi said...

poyo r ko cik noor..kah3

safiyyah said...

kem ni utk ap sebenarnye eh?cmne ley terlibat?cm plkn je bunyinyer...

Amirul Syafiq Mahadi said...

to hana:
kem SUKSIS(sukarelawan siswa siswi universiti)
kira aktiviti koko la macam palapes.
plkn?
lagi teruk dari plkn walopn aku xpernah g plkn..uhu

safiyyah said...

pengalaman yg hampir sma cm plkn...bermalam kt hutan,xde khemah,hujan lebat...masuk hutan sehelai spinggang,sesat sebab gelap sgt,kompas ada pon xgune..datang lambat kena pumping dpn org,lari 1 padang...pg2 xsempat breakfast kena lari lebey sejam...wuu...tp plkn 3bulan tau.lg seksa...

Amirul Syafiq Mahadi said...

pasal masuk utan xkesah hana....xda sakitnya tidur dalam ujan or sesat...
tapi pasal lari berkilo-kilo tengah panas pakai but ketat dengan kaki melecet tu yang seksa:)

dala baru habis exam...fitness pn xda....

safiyyah said...

plkn pon pakai but ketat gk pe...lari tgh pns terik smpai ak penah pgsan..huhu...(saje xnk kalah jgk..hehe..)

Amirul Syafiq Mahadi said...

haha...ikot suke la:)
thnx mlawat blog ni:)

anis shafikah said...

haa..gado,gado.
sume teruk ah.
aku je bertuah,melenggang :p

HaWa DArLidA said...

fuyooo mst ko makin tough ni.. hahahahahha =p

fifi said...

seram nyer..da kene camtu pun still go on jgk??fuh...dahsyat..

Related Posts with Thumbnails
 
Blogger design by suckmylolly.com - background image by Wagner Campelo