Sunday, 25 May 2008

PERPISAHAN SEMENTARA

Sekarang aku berada di rumah atuk di Taman Melawati, Hulu Klang, Selangor. Masih lagi ada internet  wireless. So, bolehlah aku menulis untuk kali terakhir dalam minggu ini...hehe. Untuk pengetahuan, bersempena dengan cuti sekolah aku akan pulang ke kampung halaman. Besok kami sekeluarga akan bertolak pula ke Ayer Baloi, Pontian, Johor untuk pulang pula ke rumah atuk sebelah abah. Jadi mulai besok tidak ada lagi internet!!! Perjalanan besok pasti amat-amat memenatkan. Mujur aku hanya jadi co-driver.haha..Kami sekeluarga akan singgah di Sri Medan, Batu Pahat, Johor di rumah adik abah untuk berehat sekejap. Dijangka pulang ke rumah pada hari Isnin minggu hadapan. Result exam??? hmmmmm...tak tahula apa yang akan jadi. Tawakal.
Semoga bertemu lagi di minggu hadapan rakan-rakan seperjuanganku:)

Thursday, 22 May 2008

60 TAHUN NAKBAH PALESTIN (15 MEI 1948-15 MEI 2008 )



oleh : Dr Zainur Rashid Zainuddin
Perunding Aman Palestin





(Sempena 60 tahun Nakbah (malapetaka) pembentukan Negara Haram Israel
sejak 15hb Mei 1948 )

Istilah Nakbah mungkin adalah satu perkataan yang agak asing bagi
sebahagian rakyat Malaysia melainkan buat mereka yang benar-benar
prihatin mengenai isu umat Islam antarabangsa terutamanya di Palestin.

NAKBAH bermaksud malapetaka atau bencana besar. Manakala Nakbah
Palestin merujuk kepada penubuhan Negara Haram Israel yang telah
diistiharkan secara resminya pada 15hb Mei 1948. Peristiwa ini
berlaku selepas terlaksananya kependudukan dan penjajahan haram oleh
rejim Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk asal Negara Palestin
secara sistematik dengan bantuan British dan PBB. Tarikh penting
tersebut adalah detik hitam buat penduduk asal bumi Palestin, orang-
orang Arab dan dunia Islam secara keseluruhannya. Negara Palestin
yang selama ini telah dinaungi kedamaian dan keadilan untuk ribuan
tahun itu semakin merasai keperitan, kepedihan dan derita yang
berpanjangan apabila mereka berada di bawah jajahan dan kongkongan
Yahudi Zionis sejak enam dekad yang lalu.

PENCETUS PENUBUHAN NEGARA YAHUDI

Cadangan penubuhan negara khas untuk orang-orang Yahudi telah dibuat
oleh seorang wartawan Hungari, Theodore Hertzl yang merupakan
pengasas gerakan Zionis di dalam gagasannya yang kemudiannya
dibukukan di dalam Die Judem Stat (Negara Israel) pada 1896.
Kewujudan Pertubuhan Zionis Antarabangsa (WZO) melalui persidangannya
yang pertama di Basle, Switzerland pada 27-29hb Ogos 1897 di bawah
pimpinannya telah membuka era aktiviti politik Zionis, mengorak
langkah kepada pembentukan Negara Zionis di Palestin.

PEMANGKIN PENDUDUKAN HARAM YAHUDI DI BUMI PALESTIN

British yang merupakan sekutu kuat gerakan Zionis telah sentiasa
menyebelahi mereka dengan mengisytiharkan Deklarasi Balfour pada 2hb
November 1917 apabila kerajaan British telah memberi jaminan untuk
mewujudkan sebuah negara khusus untuk bangsa Yahudi di Palestin. Ini
merupakan usaha yang paling jahat dalam sejarah peradaban dunia
kerana dengan jelas ianya mencabuli perjanjian antarabangsa. Dengan
angkuhnya deklarasi ini telah menidakkan hak dan aspirasi penduduk
bumi Palestin yang sah yang kemudiannya telah diikuti dengan
penjajahan Palestin oleh tentera British.

Selepas itu berlakulah penghijrahan beramai-ramai yang sistematik
yang melibatkan ratusan ribu Yahudi Eropah dan Rusia ke Palestin.
Sedikit demi sedikit tanah milik penduduk Palestin dirampas samada
dengan cara kekerasan mahupun dengan cara penipuan oleh pendatang
Yahudi.

PERANAN PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB)

Isu Palestin semakin panas dan mula dibawa ke peringkat antarabangsa
di atas tuntutan British yang meminta supaya PBB memasukkan isu
tersebut ke dalam agendanya. Laporan Badan Penyelidik Antarabangsa
Palestin (UNSCOP) milik PBB telah mengakui tentang ketidak-adilan
pengambilan tanah serta cadangan pembahagian bumi Palestin kepada dua
buah negara yang berasingan iaitu Palestin dan Yahudi. Namun rentetan
duka Palestin semakin berpanjangan apabila sidang pleno PBB yang
dipengaruhi Yahudi telah mengeluarkan `Ketetapan 181′ yang malang
pada 29hb November 1947 dengan membahagikan 2/3 tanah Negara Palestin
kepada pendatang Yahudi manakala bakinya yang hanya 1/3 keluasan
tanah pula diberikan kepada penduduk asal Palestin yang sah.

Ketetapan ini sangat bercanggah dengan prinsip PBB sendiri iaitu
untuk melaksanakan ketetapan hak-hak bangsa dari segi kebebasan dan
penentuan nasib mereka sendiri. Rakyat Palestin yang terlibat dengan
isu ini tidak langsung diminta pendapat dan keizinan malahan mereka
mengalami kezaliman dan penindasan yang amat dahsyat.

Laporan Badan Penyelidik Antarabangsa Palestin (UNSCOP) milik PBB
telah mengakui tentang ketidak-adilan pengambilan tanah serta
cadangan pembahagian bumi Palestin kepada dua buah negara yang
berasingan iaitu Palestin dan Yahudi.

KELEMAHAN LIGA NEGARA ARAB

Rakyat Palestin adalah antara bangsa yang paling malang di dunia
kerana dilupakan oleh PBB, negara-negara Arab dan juga umat Islam
sendiri. Ketika Yahudi Zionis erat bekerjasama dengan British dan PBB
demi mencapai cita-cita mereka, Liga Negara Arab pula gagal membantu
perjuangan rakyat Palestin bagi mempertahankan hak-hak asasi mereka
dalam mempertahankan kedaulatan Negara Palestin yang telah mereka
diami sejak 4500 tahun lamanya.

Penglibatan tentera dari Liga Negara Arab yang digembar-gemburkan itu
hanyalah merupakan tragedi apabila mereka telah ditewaskan dengan
mudah oleh angkatan tentera pengganas Yahudi yang juga telah meresap
ke dalam pimpinan tentera Liga Negara Arab.

Dengan kekalahan yang mengaibkan tentera Arab di dalam peperangan ini
dan diikuti dengan penaklukan 78 % bumi Palestin, Yahudi Zionis telah
mengumumkan Negara “Israel” pada petang 14hb Mei 1948. British
mengundurkan tentera dan pemerintahannya ke atas Palestin apabila
Negara Israel yang merdeka diisytiharkan secara resminya pada 15hb Mei
1948.

TERTUBUHNYA ISRAEL ADALAH MALAPETAKA PALESTIN

Kesan langsung dari nakbah atau malapetaka ini ialah kekejaman
pasukan tentera pengganas Yahudi Zionis yang telah bertindak mengusir
lebih daripada 60 % rakyat Palestin (lebih kurang 800 000 orang
daripada sejumlah 1.39 juta rakyat) ke luar negara manakala 30 ribu
yang lain telah diusir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka.

Daripada jumlah 580 perkampungan rakyat Palestin yang wujud sebelum
perang 1948, rejim Zionis telah menghancurkan 478 buah kampung serta
terlibat dalam lebih 34 jenayah pembunuhan beramai-ramai rakyat
Palestin.

Antara yang paling kejam ialah tragedi Deir Yassin pada 9hb April
1948 yang melibatkan pembunuhan seramai 254 orang termasuk orang-
orang tua, wanita dan 52 orang kanak-kanak. Petugas Palang Merah dan
PBB sendiri menyaksikan bagaimana rumah-rumah rakyat Palestin dibakar
dan orang yang cuba menyelamatkan diri ditembak. Dalam serangan itu,
wanita-wanita yang hamil telah dibelah perutnya dan dikeluarkan janin
dan bayi hidup-hidup dari rahim ibunya. 52 orang kanak-kanak pula
telah disiksa di depan ibu bapa mereka, lalu mereka dibunuh dan
dipenggal kepalanya.

Arafat Hijazi, salah seorang saksi yang masih hidup
menceritakan, “Saya melihat seorang tentera Yahudi memegang saudara
saya, Saliha al Halabi yang hamil Sembilan bulan. Dia meletakkan
senapangnya di leher Saliha lalu memuntahkan peluru sehingga Saliha
terbunuh. Tentera tersebut mengambil sebilah pisau lalu membelah
perutnya sehingga terburai, kemudian mengeluarkan anak Saliha yang
telah mati dengan pisau Nazinya yang mengerikan itu”.

Peperangan 1948 telah memusnahkan kehidupan rakyat Palestin yang
telah hidup di bumi bertuah ini sejak ribuan tahun lamanya.
Sesungguhnya amat tidak adil apabila Yahudi menjadikan Holocaust atau
peristiwa pembunuhan bangsa mereka di Eropah oleh Nazi Jerman sebagai
alasan untuk mereka membina rejim mereka di atas lautan, penderitaan
dan keperitan rakyat Palestin.

Rejim Zionis tanpa malu dan segan telah membina tembok pemisah
gergasi yang terpanjang di dunia iaitu sepanjang 720 km di Tebing
Barat yang menyekat penghidupan rakyat Palestin di sana serta
menjadikan Tebing Barat sebagai penjara yang terbesar di dunia.

Mereka sengaja melupakan bahawa bangsa Yahudi bukanlah penduduk asal
bumi Palestin sehinggakan pemerintah tentera mereka yang kemudiannya
dilantik sebagai menteri pertahanan, Moshe Dayan mengakui sendiri
bahawa setiap penempatan Yahudi dibina dari keruntuhan perkampungan
rakyat Palestin. Ini adalah jenayah yang terancang melalui
perencanaan dan pengiktirafan sebelumnya.

Jenayah Ini disahkan lagi apabila PBB yang telah mengeluarkan lebih
daripada 110 resolusi mereka (sehingga tahun 2000) supaya
mengembalikan hak 4.4 juta pelarian Palestin supaya dibenarkan pulang
ke kampung halaman mereka. Namun tidak ada satu pun daripada resolusi-
resolusi ini yang dilaksanakan oleh rejim Yahudi Zionis.

Nakbah 1948 yang melanda Palestin juga menimbulkan kenangan pahit dan
perasaan terhina yang mendalam di kalangan rakyat Palestin, orang-
orang Arab dan umat Islam secara keseluruhannya sehingga ke hari ini.

ENAM DEKAD NAKBAH

Kini 60 tahun telah berlalunya Nakbah Palestin, namun rakyat dan
Negara Palestin terus diganyang Yahudi Zionis sehinggakan :


1. Rejim Zionis terus yang melakukan penindasan terhadap rakyat
Palestin seperti meruntuhkan rumah-rumah mereka, membakar kebun-kebun
mereka dan memperluaskan kawasan penempatan pendatang haram Yahudi.
Sehingga kini yahudi telahpun merampas dan menguasai kira-kira 90 %
dari keseluruhan bumi Palestin.

2. Peningkatan serangan ke atas Masjid Al Aqsa oleh ekstrimis Zionis
yang semakin kerap mencabul kehormatan dan kesucian qiblat pertama
umat Islam di dalam rangka mereka MengYahudikan Baitul Maqdis. Mereka
bercita-cita untuk meruntuhkan masjid Al Aqsa dan mendirikan Kuil
Yahudi di atas tapak masjid sekarang.

3. Melakukan penangkapan dan pemenjaraan orang-orang Palestin yang
tidak bersalah sehingga lebih daripada 12 ribu di kalangan mereka
kini merengkok di dalam penjara Israel. Di kalangan mereka adalah
orang-orang tua, kanak-kanak malahan juga wanita yang hamil lagi
sakit.

4. Sekatan ekonomi yang dirancang secara rapi oleh Zionis menyebabkan
orang-orang Palestin tersepit dan terpaksa bergantung kepada sumber
pekerjaan yang dimiliki oleh Yahudi. Akibatnya ramai di kalangan
rakyat Palestin yang menganggur dan dibelenggu kemiskinan serta
kebuluran.

5. Ramai di kalangan kanak-kanak palestin yang telah dinafikan hak
mereka untuk belajar sehinggakan jumlah mereka yang sempat ke
pengajian menengah adalah dari peratusan yang sangat kecil.

6. Rejim Zionis tanpa malu dan segan telah membina tembok pemisah
gergasi yang terpanjang di dunia iaitu sepanjang 720 km di Tebing
Barat yang menyekat penghidupan rakyat Palestin di sana serta menjadikan Tebing Barat sebagai penjara yang terbesar di dunia.

7. Dijangkakan seramai 6.45 juta di kalangan rakyat Palestin adalah
pelarian yang hidup dengan penuh kedaifan sejak 60 tahun yang lalu.
Inilah jumlah pelarian yang paling lama dan paling ramai di dalam
sejarah peradaban dunia.

8. Rejim Zionis kini berterusan menyiksa dan membunuh rakyat Palestin
terutamanya di Gaza yang turut diakui pemimpin kanan mereka sebagai
holocaust yang lebih hebat.

Penindasan, penodaan dan kekejaman yang dilakukan oleh rejim Israel
ini terhadap rakyat dan negara Palestin telah berlaku dalam tempoh
yang amat panjang dan berlarutan. Sudah tentulah ianya tidak harus
dibiarkan begitu sahaja.

PERANAN MASYARAKAT ANTARABANGSA

Fakta-fakta sejarah, kemanusiaan dan undang-undang antarabangsa amat
memihak kepada rakyat Palestin yang berhak memiliki ketuanan dan
kedaulatan di bumi mereka sediri.

Rejim Zionis Israel kini mendapati bahawa mereka tidak boleh mengawal
keadaan rakyat dan negara Palestin. Malahan mereka terpaksa membuat
berbagai pendekatan yang keras mahupun dengan cara berkompromi untuk
berhadapan dengan kebangkitan rakyat Palestin. Mereka menggunakan
pelbagai strategi terutamanya dengan mempengaruhi sekutu kuat mereka
iaitu Amerika Syarikat untuk menangai permasalahan yang terus
berpanjangan.

PBB dan masyarakat antarabangsa yang sentiasa memperjuangkan keadilan
semestinya teguh dalam membuat pendirian dan tidak dipengaruhi oleh
lobi Yahudi Zionis di dalam membuat dan melaksanakan keputusan-
keputusan mereka. Kependudukan dan negara Palestin mesti dikembalikan
kepada pemilik asal yang sah yang pernah mendiami bumi ini sejak
sekian lama.

Tuesday, 20 May 2008

GO TO HELL!



orang kata anwar brahim agen YAHUDI, aku kata "go to hell!!"


orang kata mahathir FIRAUN, aku kata "go to hell!!"

orang kata khairi jamaluddin agen SINGAPORE, aku kata "go to hell!!"

orang kata najib razak "duta MONGOLIA", aku kata "go to hell!!"

orang kata lim kit siang ANTI-MELAYU, aku kata "go to hell!!"

orang kata karpal singh musuh RAJA, aku kata "go to hell!!" 

what?????
i said "go to hell!!"
what?????
i said "go to hell!!"
what?????
i said "go to hell!!"

why?????
because SYAFIQ MAHADI SAID SO!!!!!!
hahahahahahahahaha:)

"hanya ALLAH yang menentukan di mana kedudukan kita di akhirat kelak:)"

-KEBOSANAN-


Monday, 19 May 2008

NIK AZIZ








Sunday, 18 May 2008

POLYGAMY IN ISLAM



BY: DR. ZAKIR NAIK

Question:

Why is a man allowed to have more than one wife in Islam? i.e. why is polygamy allowed in Islam?

Answer:

Definition of Polygamy

1.  Polygamy means a system of marriage whereby one person has more than one spouse. Polygamy can be of two types. One is polygyny where a man marries more than one woman, and the other is polyandry, where a woman marries more than one man. In Islam, limited polygyny is permitted; whereas polyandry is completely prohibited.

Now coming to the original question, why is a man allowed to have more than one wife?


2.  
The Qur’an is the only religious scripture in the world that says,"marry only one".

The Qur’an is the only religious book, on the face of this earth, that contains the phrase ‘marry only one’. There is no other religious book that instructs men to have only one wife. In none of the other religious scriptures, whether it be the Vedas, the Ramayan, the Mahabharat, the Geeta, the Talmud or the Bible does one find a restriction on the number of wives. According to these scriptures one can marry as many as one wishes. It was only later, that the Hindu priests and the Christian Church restricted the number of wives to one.

Many Hindu religious personalities, according to their scriptures, had multiple wives. King Dashrat, the father of Rama, had more than one wife. Krishna had several wives.

In earlier times, Christian men were permitted as many wives as they wished, since the Bible puts no restriction on the number of wives. It was only a few centuries ago that the Church restricted the number of wives to one.

Polygyny is permitted in Judaism. According to Talmudic law, Abraham had three wives, and Solomon had hundreds of wives. The practice of polygyny continued till Rabbi Gershom ben Yehudah (95% C.E to 1030 C.E) issued an edict against it. The Jewish Sephardic communities living in Muslim countries continued the practice till as late as 1950, until an Act of the Chief Rabbinate of Israel extended the ban on marrying more than one wife.


3.  
Hindus are more polygynous than Muslims

The report of the ‘Committee of The Status of Woman in Islam’, published in 1975 mentions on page numbers 66 and 67 that the percentage of polygamous marriages between the years 1951 and 1961 was 5.06% among the Hindus and only 4.31% among the Muslims. According to Indian law only Muslim men are permitted to have more than one wife. It is illegal for any non-Muslim in India to have more than one wife. Despite it being illegal, Hindus have more multiple wives as compared to Muslims. Earlier, there was no restriction even on Hindu men with respect to the number of wives allowed. It was only in 1954, when the Hindu Marriage Act was passed that it became illegal for a Hindu to have more than one wife. At present it is the Indian Law that restricts a Hindu man from having more than one wife and not the Hindu scriptures.

Let us now analyse why Islam allows a man to have more than one wife.


4.   Qur’an permits limited polygyny

As I mentioned earlier, Qur’an is the only religious book on the face of the earth that says ‘marry only one’. The context of this phrase is the following verse from Surah Nisa of the Glorious Qur’an:

"Marry women of your choice, two, or three, or four; but if ye fear that ye shall not be able to deal justly (with them), then only one."

                                  [Al-Qur’an 4:3]

Before the Qur’an was revealed, there was no upper limit for polygyny and many men had scores of wives, some even hundreds. Islam put an upper limit of four wives. Islam gives a man permission to marry two, three or four women, only on the condition that he deals justly with them.

In the same chapter i.e. Surah Nisa verse 129 says:

"Ye are never able to be fair and just as between women...."

                                 [Al-Qur’an 4:129]

Therefore polygyny is not a rule but an exception. Many people are under the misconception that it is compulsory for a Muslim man to have more than one wife.

Broadly, Islam has five categories of Do’s and Don’ts:

  1. Fard’ i.e. compulsory or obligatory

  2. Mustahab’ i.e. recommended or encouraged

  3. Mubah’ i.e. permissible or allowed

  4. Makruh’ i.e. not recommended or discouraged

  5. Haraam’ i.e. prohibited or forbidden

Polygyny falls in the middle category of things that are permissible. It cannot be said that a Muslim who has two, three or four wives is a better Muslim as compared to a Muslim who has only one wife.


5.  
Average life span of females is more than that of males

By nature males and females are born in approximately the same ratio. A female child has more immunity than a male child. A female child can fight the germs and diseases better than the male child. For this reason, during the pediatric age itself there are more deaths among males as compared to the females.

During wars, there are more men killed as compared to women. More men die due to accidents and diseases than women. The average life span of females is more than that of males, and at any given time one finds more widows in the world than widowers.


6.  
India has more male population than female due to female foeticide and infanticide

India is one of the few countries, along with the other neighbouring countries, in which the female population is less than the male population. The reason lies in the high rate of female infanticide in India, and the fact that more than one million female foetuses are aborted every year in this country, after they are identified as females. If this evil practice is stopped, then India too will have more females as compared to males.


7.  
World female population is more than male population

In the USA, women outnumber men by 7.8 million. New York alone has one million more females as compared to the number of males, and of the male population of New York one-third are gays i.e sodomites. The U.S.A as a whole has more than twenty-five million gays. This means that these people do not wish to marry women. Great Britain has four million more females as compared to males. Germany has five million more females as compared to males. Russia has nine million more females than males. God alone knows how many million more females there are in the whole world as compared to males.


8.  
Restricting each and every man to have only one wife is not practical

Even if every man got married to one woman, there would still be more than thirty million females in U.S.A who would not be able to get husbands (considering that America has twenty five million gays). There would be more than four million females in Great Britain, 5 million females in Germany and nine million females in Russia alone who would not be able to find a husband.

Suppose my sister happens to be one of the unmarried women living in USA, or suppose your sister happens to be one of the unmarried women in USA. The only two options remaining for her are that she either marries a man who already has a wife or becomes public property. There is no other option. All those who are modest will opt for the first.

In Western society, it is common for a man to have mistresses and/or multiple extra-marital affairs, in which case, the woman leads a disgraceful, unprotected life. The same society, however, cannot accept a man having more than one wife, in which women retain their honourable, dignified position in society and lead a protected life.

Thus the only two options before a woman who cannot find a husband is to marry a married man or to become public property. Islam prefers giving women the honourable position by permitting the first option and disallowing the second.

There are several other reasons, why Islam has permitted limited polygyny, but it is mainly to protect the modesty of women.

Saturday, 17 May 2008

.:Life:.

Hidup ini bukanlah suatu jalan yang datar dan ditaburi bunga melainkan adakalanya disirami airmata dan juga darah. ~ Hamka


Kehidupan ini tidak menjanjikan kebahagiaan sepanjang masa. Kadang kala manusia diasak dengan pelbagai dugaan dan ujian. Sekiranya lemah, kita akan terus hanyut mengikut kata hati dan tidak berusaha mencari penyelesaian untuk menyelamatkan diri dan keadaan. Hidup di dunia ini tidak ubah seperti seorang musafir yang sedang bernaung di bawah sebatang pohon yang sebentar kemudian pergi dan meninggalkan pohon tersebut.


Kehidupan itu adalah suatu nikmat bagi orang yang menghargai dan menyedarinya.
Hidup ini bukanlah seperti habuk yang berterbangan oleh angin. Hidup kita bukan tiada maknanya. Setiap kita mempunyai misi yang besar di dunia ini. Setiap kita! Bukan cuma segolongan manusia, atau sekumpulan orang. Selagi kita bernafas, selagi kita tidak ditalkinkan atau dikuburkan hidup kita mempunyai misi.


Ramai orang melalui hidup ini tanpa mengerti betapa pentingnya mereka kepada umat sejagat. Lalu apabila sesuatu musibah menimpa, mereka mengambil jalan untuk memusnahkan diri kerana tidak sanggup menanggung hebatnya dugaan.


Ingatlah tidak ada arang batu yang menjadi intan tanpa melalui tekanan demi tekanan. Hidup yang melalui kesukaran dan dugaan adalah untuk menjadikan kita lebih kuat dan lebih memahami orang lain. Cuma hati yang pernah dilapah yang boleh merasa besarnya erti kasih dan sayang sesama manusia.


Kita mempunyai hak dan kemampuan untuk mengemudikan sendiri hidup kita. Jika mahu berjaya dan bergembira kita mestilah mengikut corak, pemikiran, sikap, perangai dan pegangan orang yang berjaya.

.:coretan:.

Madah Persahabatan~


Janganlah kita memandang rendah erti persahabatan, kerana dalam hidup ini kita tidak mampu melangkah seorang diri tanpa seorang sahabat.


Orang yang suka mengkhianati teman sendiri adalah ibarat binatang yang suka memakan bangkai.

Bertambah busuk bangkai bertambah pula seleranya


Teman yang banyak boleh diibaratkan seperti pasir pasir di pantai tetapi teman yang satu adalah mutiara di antara pasir pasir itu.


Teman ketawa bagaikan air di daun keladi walau tercurah tak berkesan.

Tapi sahabat sejati bagai air lalu walau dicincang ia tak mungkin kan putus.


Bersahabatlah dengan hatimu terlebih dahulu daripada bersahabat dengan orang lain.
Musuhmu adalah sahabatmu yang akrab.


Persahabatan yang begitu erat punya pengertian yang dalam bagi kita yang menghargainya
Tidaklah kita dapat mengenal oranglain melainkan dengan 3 waktu.Tidak dapat diketahui adakan seorang itu pemaaf melainkan ketika dia marah. Tidak dapat dikenal seorang itu berani melainkan pada waktu berjuang. Tidak dapat dikenal sahabat melainkan waktu kesusahan.


Dua sahabat yang sejati akan selari dalam apa jua bidang yang diceburi, dan saling memahami antara mereka.


Terlalu sukar menjalin persahabatan kerana ia adalah pertautan hati bukan pertautan fikiran, lebih-lebih lagi bukan hubungan kebendaan semata.


Persahabatan yang akrab tidak akan dapat dipisahkan melainkan dengan kematian.
Bertemanlah dengan orang yang suka membela kebenaran.Dialah hiasan dikala kamu senang dan perisai diwaktu kamu susah.


Seorang sahabat adalah yang dapat mendengarkan lagu didalam hatimu dan akan menyanyikan kembali tatkala kau lupa akan bait-baitnya.


Sahabat adalah anugerah Tuhan untuk menjaga kitaRasa hormat tidak selalu membawa kepada persahabatan,tapi jangan pernah menyesal untuk bertemu dengan orang lain tetapi menyesallah jika orang itu menyesal bertemu dengan kamu.


Kamu tidak akan pernah memiliki seorang teman,jika kamu mengharapkan seseorang tanpa kesalahankerana semua manusia itu baik kalau kamu dapat melihat kebaikannya dan menyenangkan kalau kamu dapat melihat keunikannya.

Tetapi semua manusia itu akan buruk dan membosankan kalau kamu tidak dapat melihat keduanya.

p/s: Aku teringat dekat membe Sekolah Izzuddin Shah kelas 5 Pengajian Islam III. Macam-macam ragam yang tidak boleh dilupakan dalam kelas tu. Ade yang poyo, ade yang gelabah, ade baik sangat, ade yang pelik dan ade yang steady je. Memori yang paling diingati apabila "membina kubu" di atas meja menggunakan buku-buku teks yang berlambak untuk cover daripada cikgu nampak kita sedang membuta time dia sedang mengajar...so sweet:)....Teringat juga saat-saat bila satu kelas memohon kemaafan kepada cikgu Madihah, cikgu add math yang "disayangi" atas kesalahan kami yang sebenarnya kami pun confuse ape salah kami..huhu. Tapi kesimpulannya cikgu tu memang emo! Perempuan memang emo kan??? Sape setuju? haha. Kenangan yang paling aku tidak boleh lupakan ialah bila aku dengan tidak sengaja mengatakan perkataan "boring" semasa pengetua sedang mengajar Pendidikan Syariah Islamiah!!! How dare you kata perkataan tu kepada pengetua! Masalahnya memang time dia ajar semua budak akan tidur disebabkan bosan dan aku adalah orang yang berani menyatakan isi hati aku terhadap cara pengajaran dia dengan menyatakan satu perkataan killer iaitu "boring"...hahaha. Lepaz saja aku kata macam tu kami sekelas boleh nampak riak wajah dia yang menyatakan dia amat-amat kecewa denngan kami...huhu. Aku pun untuk membetulkan keadaan dengan keadaan serba salah dan menyesal terus meminta maaf kepada pengetua sambil berlinang air mata, menandakan keseriusan aku meminta maaf...huhu. Bayangkan seorang lelaki menitiskan air mata dihadapan 30 orang rakan sekelas!!! Memang memalukan tetapi apa boleh buat...Keberkatan cikgu amat penting untuk kejayaan dunia akhirat...huhu. Aku masih ingat selepas aku meminta maaf pengetua menasihati aku supaya check semula apa yang aku makan, pakaian aku samada dari sumber halal atau sebaliknya.....Perkara itu memang aku tidak boleh lupakan sampai bila-bila:) -SEKIAN-

Friday, 16 May 2008

:::::::TUGASAN HARI INI:::::::::

MISI: Menghantar kereta untuk diservis

MASA: 8 pagi
TEMPAT: UMW Toyota, Manjung

PERINCIAN MISI:
Aku telah diamanahkan oleh abahku untuk menghantar kereta bagi tujuan servis pada pagi ini.Alasannnya ialah minggu depan cuti sekolah sudah bermula. Jadi banyak perjalanan jarak jauh akan berlaku. Misalnya pulang ke kampung halaman di Johor dan Selangor. Ini pengalaman aku untuk merasai nikmat kedewasaan apabila disuruh untuk berurusan dengan pekerja-pekerja bidang permotoran(hahaha...gelak orang-orang dewasa). Nampak mudah tapi........

Perbualan di kaunter antara aku dengan petugas Toyota berbangsa India yang aku tidak tahu namanya:

petugas: Nak servis kereta ke?
aku: Haah (jawab aku dengan muka mamai...haha)
petugas: Sudah buat appointment?
aku: Semalam ayah saya sudah buat
petugas: Pukul berapa?
aku: Pukul 8
petugas: Ayoyo adik, sekarang sudah pukul 9...adik lambatlah...
aku: Yeke?Sorilah kak, saya bangun lewat tadi. Bukan saya sengaja (alasan aje...hehe)
petugas: Ok..tak apela..so, sekarang ni adik nak servis major or minor?
aku: ape kejadahnya tu? (dalam hati aku dah gelabah dah sebab apa benda major minor ni. Padan muka aku...bawak kereta tahu tapi pasal servis kantoi...haha). Buatlah  ape yang patut, janji tak rosak kereta tu(dengan selamba aku cakap...haha).
petugas: Ok kalau macam itu kita buat servis major lah...
aku: So?
petugas: Kita tukar minyak hitam, filter, minyak brek, kita refill air wiper, kita betul alignment, balancing kereta dan kita cuci kereta la....
aku: Owh, ok. Pukul berapa boleh siap?
petugas: Sebab adik hantar lambat pukul 5 siaplah...(jawab kakak tu dengan pandangan dan nada sinis!...padanla muke kau syafiq).
aku: Ok tak pe lah. Berapa semua?
petugas: RM600.00 saje...
aku: Mak oi!!!!!

Aku yang tidak sanggup untuk tunggu lama-lama dekat kedai tu terus balik rumah. Nanti kena perli lagi dengan kakak tu pulak kalau tunggu...haha.... Sape suroh hantar lambat syafiq oi.... Inilah tabiat kau dari dulu lagi. TIDAK MENEPATI MASA. Dekat UiTM kelas Mr. Wong datang lambat jugak sampai naik anginlah orang tua tu. Kesian dekat Cina tu mengajar anak-anak Melayu yang selalu buat janji Melayu. Mujur tak kena heart attack die..hahaha

Berbalik kepada kisah tadi, terkejut berok mak yeh aku bila dia cakap RM600.00. Macam-macam boleh buat dengan duit tu. Setakat nak makan angin memang gerenti  lepaslah. Ataupun nak jalan-jalan cari makan memang kenyang perut tidak terkata lah.Aku ingat servis kereta paling mahal pun RM100 ke...Itulah, pandai bawak je kan.. Yang lain-lain pasal kereta semua tak tahu. Dan aku rase bukan aku seorang je macam ni dekat dunia ni. Ramai lagi yang seangkatan..haha. (semua gambar sekadar gambar hiasan)

Wednesday, 14 May 2008

::::BOSAN:::::


Inilah jadual hidupku buat masa ini:


6.45- solat subuh (subuh gajah, budak sekolah agama ni malu kat mama and abah)

7.00- tidurzzzzzzz......

9.30- celik bijik mate tengok TV  sambil melayan perasaan mamai. memikirkan ape nasib untuk hari ini...haha

10.00- TV1 (parlimen, tengok orang bertekat macam orang giler)

10.30- proses kain (basuh,sidai dsb.)...(anak sulong yang dipaksa..wawawa)

11.30- sapu ape yang patut (untuk elakkan dari dibebel oleh mama, sebenarnya, untuk dapat keredhaan orang tua...cceeeewwaaahhh)

12.00- mama pergi sekolah, so bukak internet (bermaharajalela di rumahku)

1.00- ambik adik perempuan dua orang yang banyak songeh kat sekolah. inilah ayat diorang yang aku tak tahan,"abang, berhenti kejap kat kedai....adik nak beli gula-gula la..." diorang bukan tak tahu aku ni pemalas:)

2.00- abah balik sekolah, bawak balik paper...so, bace paper dulu..pengetahuan am la katekan..hehe.tapi masih tak mandi...

2.30- tengok cerita kartun TV9 (Wonder pet)....ini semua pengaruh adik-adik yang masih lagi berperangai kekartunan..teringang-ingang lagu kartun tu, "wonder pet wonder pet kami datang, membantu haiwan yang dalam kesusahan, kami tak besar dan kami tak kuat bila bekerjasama semua jadi mudah!"

3.00- hantar adik pergi sekolah agama

3.15- mandi dan solat zuhur 

4.00- main internet dan dengar lagu (deezer.com and last.fm)

4.30- tengok TV kartun faberet...CAT DOG!!!! memang best dan tak penah miss

5.00- solat asar dan dan dan...........tidorrrzzzzz.....

6.00-  bangun ambik adik balik sekolah agama sambil menghirup udara petang yang mengasyikkan

6.30- BELLA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! dengan bulu mate yang cukup memualkan..tapi tengok jugak:)

7.30- mandi dan solat magrib

8.00- tengok berita sambil main internet ataupun tengok mama baca Quran. aku??? tengok jela..huhu.

9.00- TV TV TV TV TV TV TV TV TV TV TV TV TV TV TV

12.00- focus kt internet( tranung kite online) atau main game

1.00- solat isya' dan membuta....ZZZZZZZZZZZZZZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

-TAMATLAH SATU LAGI HARI YANG MEMBOSANKAN-

Saturday, 10 May 2008

Mana Janji Manismu? Pemuda Selangor Pertikai Tindakan Tangguh Turun Cukai Pintu

Oleh Adnil Mohd

Selayang -- Pemuda UMNO Selangor hari ini mempertikaikan tindakan kerajaan negeri yang menangguhkan penurunan cukai pintu sebanyak 20 peratus seperti yang terkandung dalam manifesto mereka pada pilihanraya umum lalu.

Ketuanya, YB Abdul Shkor Idrus berkata selain projek ratusan juta penternakan babi, setakat ini belum ada satu pun janji yang benar-benar dilaksanakan kerajaan negeri.

Beliau seterusnya melahirkan kekhuatiran terdapat banyak lagi alasan dan dolak dalih yang akan diberikan kerajaan negeri selepas ini dalam melaksanakan janji-janji mereka.

"Amat malang bagi penduduk Selangor yang sehingga hari ini masih belum menerima sebarang manfaat daripada kerajaan baru setelah tertarik dengan pelbagai janji yang ditawarkan pada pilihan raya umum lalu.

"Apa yang mereka benar-benar dapat hari ini hanyalah projek penternakan babi yang menelan belanja ratusan juta ringgit di Sepang", katanya kepada laman webPemuda di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas penangguhan penurunan cukai pintu sebanyak 20 peratus oleh kerajaan negeri seperti dijanjikan sebelum ini, sebaliknya akan memberikan insentif kepada pembayar cukai pintu.

Menurut Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, kajian terperinci sedang dilakukan sebelum melaksanakan penurunan cukai pintu itu berikutan tahap pembangunan ekonomi negeri masih belum sampai tahap diinginkan dan harga tanah yang semakin tinggi di samping pelaksanaan projek-projek perumahan yang masih berterusan.

Mengulas lebih lanjut, Abdul Shukor yang juga Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Kuang seterusnya berkata rakyat sudah semestinya tertanya-tanya kenapa projek ratusan juta penternakan babi menjadi keutamaan berbanding janji-janji lain yang boleh memberi manfaat kepada seluruh rakyat di negeri ini.

"Kita bukannya mahu mempertikaikan hak kaum lain tetapi kenapakah projek tersebut begitu pantas mendapat lampu hijau daripada kerajaan negeri sedangkan janji mereka yang lain seperti penurunan cukai tanah ini ditangguhkan termasuk pemberian bekalan air percuma.

"Kita cukup sangsi apakah kerajaan negeri di bawah Tan Sri Khalid duduk di bawah telunjuk DAP atau sebenar-benarnya menjadi kerajaan untuk rakyat", soalnyanya.

Beliau turut menegaskan Pemuda negeri akan terus memainkan peranan untuk mendesak kerajaan negeri melaksanakan segala janjinya pada pilihanraya umum lalu.

"Kita akan desak mereka berpandukan manifesto yang dikemukakan kepada pengundi pada pilihan raya lalu. Kita bukannya mahu mencari populariti dan memanipualsi keadaan, sebaliknya memastikan hak yang sepatutnya diterima oleh rakyat Selangor dilaksanakan.

"Apa yang kita harapkan penduduk sepakat dan berpadu tenaga bersama-sama dengan kita untuk menuntut perkara ini", ujarnya.

Rakyat Mahu Nikmati Janji Bukan Alasan

Oleh Adnil Mohd

Sepang -- Tindakan seorang pengundi negeri ini membuat laporan polis kerana mendakwa tertipu dengan kegagalan campuran Pakatan Rakyat di negeri itu melaksanakan janji hanyalah sebahagian manifestasi kemarahan penduduk di negeri berkenaan.

Malah menurut Ketua Pemuda Sepang, Suhaimi Mohd Ghazali, ramai lagi rakyat negeri itu yang mempunyai perasaan sama namun mengambil sikap tunggu dan lihat sejauh mana kerajaan negeri bertanggungjawab terhadap segala janjinya.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Biro Pengaduan Awam dan Hal Ehwal Pengguna Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, seterusnya berkata penduduk di negeri ini sebenarnya sudah mula ragu-ragu akan kemampuan kerajaan negeri menunaikan janji mereka.

"Rakyat di negeri ini masih boleh bersabar untuk memberi peluang dan ruang tetapi perasaan was-was sudah mula terbit di hati mereka. Sebenarnya banyak janji-janji yang mesti kerajaan negeri tunaikan.

"Kalau satu janji ambil masa berbulan, kita tidak tahu bila semua janji dapat direalisasikan. Apa yang rakyat nampak ialah kerajaan negeri banyak berdalih dan membuat pelbagai alasan", katanya kepada laman webPemuda di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan bekas bekas pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mohd Shaid Rosli, 25, yang membuat laporan polis kerana mendakwa tertipu dengan kegagalan campuran Pakatan Rakyat di negeri itu melaksanakan janji seperti yang terkandung di dalam menafesto pilihanraya mereka.

Tegas beliau lagi, apa yang berlaku di Selangor hari ini merupakan satu harga yang perlu dibayar oleh rakyat negeri itu setelah memberikan kepercayaan kepada parti pembangkang untuk menerajui negeri terbabit.

"Kita tidak sama sekali salahkan rakyat tetapi itulah realitinya. Kita percaya selepas ini akan ada lagi alasan untuk menutup ketidakmampuan mereka melaksanakan janji seperti yang terkandung di dalam menifesto tersebut", ujarnya.


Friday, 9 May 2008

700 berkumpul bantah pindaan perkara 121 (1A)


Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Hrkh) - Kira-kira 700 orang berarak dari Masjid negara ke Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dalam membantah pindan Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan yang dikatakan menafikan hak Mahkamah Syariah dan hak orang Islam.

Perhimpunan aman yang dianjurkan oleh PAS itu turut disertai beberapa Pertubuhan Bukan kerajaan (NGO) dan Parti KeADILan Rakyat (PKR).

Hadir sama ialah, Naib Presiden PAS, Haji Muhammad Sabu; Ahli Majlis Tertinggi PKR, Haji Abdul Rahman Othman; AJK PAS Pusat, Haji Mahfuz Omar; Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli; Dr Zulkifli Ahmad dan beberapa pimpinan Pemuda PAS.

Menurut Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayob, PAS melahirkan rasa kesal dan bimbang di atas cubaan pihak tertentu termasuk 10 menteri kabinet bukan Islam yang turut cuba mempertikai perkara 121 (1A).

"Ini hak umat Islam.121 (1A) telah dipersetujui.Ia diwujudkan pada tahun 1988 bagi menjaga hak umat Islam, jadi bukan Islam tidak perlu mempertikaikannya.

"Jika mereka mahu menegakkan hak mereka, mereka boleh cadangkan satu akta baru bagi melindungi hak agama mereka," katanya.

Sementara itu di pihak Suhakam, Professor Dato' Hamdan Adnan pula berkata, pihaknya menerima memorandum yang dikemuka PAS itu.

Beliau juga berjanji akan membawanya dalam satu mesyuarat khas Pesuruhjaya Suhakam Isnin ini.

Terdahulu sebelum itu pda jam 11.00 pagi, kira-kira 150 mhasiswa Islam berkumpul di hadapan Mahkamah Syariah sambil melaungkan bantahan ke atas pindaan Perkara 121 (1A) perlembagaan Persekutuan.

Bantahan itu dibuat atas nama Gabungan Persatuan-persatuan Mahasiswa Islam yang mana tiga pertubuhan utama mahasiswa Islam terlibat iaitu, Gagasan Mahasiswa Islam Semenanjung (Gamis), Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Karisma.

Apa itu Artikel 121 (1A)?

Oleh : Pakdi
Apa itu Artikel 121 (1A)

Artikel 121 (1A) adalah peruntukan perlembagaan yang menghalang Mahkamah Sivil mencampuri bidang kuasa mahkamah Syariah.

Adakah Artikel 121 (1A) wujud dari dahulu?

Tidak. Sebelum 1988, urusan-urusan mahkamah Syariah selalu diganggu oleh mahkamah Sivil. Apa yang telah diputuskan di Mahkamah Syariah dengan mudahnya dikacau oleh mahkamah Sivil. Hal ini sebenarnya mengganggu urusan orang Islam kerana orang Islam mempunyai hak dan kewajipan untuk dihukum di Mahkamah Syariah. Tokoh-tokoh seperti Allahyarham Tan Sri Ahmad Ibrahim telah berusaha lama untuk memastikan urusan Mahkamah Syariah bebas dan tidak diganggu oleh Mahkamah Sivil, dan hanya pada tahun 1988, peruntukan (1A) dimasukkan. Mahkamah Syariah mula ada kebebasan setelah 31 tahun Malaysia merdeka.

Kenapa perlu bagi ruang pada mahkamah Syariah?

Dari sudut sejarah, Mahkamah Syariah telah wujud sejak Zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi dengan wujudnya undang-undang seperti Undang-Undang Melaka. Semua negeri di Tanah Melayu mempunyai undang-undang Islamnya sendiri. Namun kewujudannya telah dikacau oleh penjajah sewaktu penjajahan mereka dan akhirnya mula Inggeris mula memperkenalkan undang-undang Common Law bermula dengan perjanjian Pangkor 1786, Piagam Keadilan 1807 dan piagam Keadilan 1824.

Malah dalam satu kes, Ramah v Laton (1927) 6 FMSLR (CA) telah diputuskan:
"Muslim law is not foreign law, it is the law of the land; and the local law is a matter of which the Court must take judicial notice. The Court must propound the law and it is not competent for the court to allow evidence to be led as to what is the local law."

Ini bermaksud, undang-undang Islam itu adalah satu lex loci (law of the land), atau undang-undang sebenar di Tanah Melayu.

Justeru, hak orang Islam sebenarnya telah mula dinafikan secara tersusun semenjak 1786 lagi, dan hanya pada 1988 barulah Mahkamah Syariah dapat bernafas semula.

Adakah Artikel 121 (1A) mengganggu hak orang bukan Islam?

Tidak. Sebenarnya ia memberi semula hak orang Islam yang telah lama dihilangkan walaupun undang-undang Islam adalah lex loci. Kewujudan mahkamah Syariah sebenarnya tidak langsung mengacau hak orang bukan Islam di Malaysia.

Apakah impak Artikel 121 (1A) kalau ia digugurkan?

Antara impaknya adalah orang Islam akan kehilangan hak. Ia tidak sama sekali mewujudkan keharmonian dalam negara kerana orang Islam adalah penduduk majoriti di Malaysia. Sedangkan kewujudan 121 (1A) tidak pernah menghilangkan hak orang bukan Islam. Selain itu, kedudukan mahkamah Syariah akan kembali mundur seperti sebelum tahun 1988, di mana Mahkamah Sivil boleh mencampuri bidang kuasa Mahkamah Sivil.

Apa salahnya orang Islam menuntut di Mahkamah Sivil? Bukankah wujudnya mahkamah Syariah menyusahkan sahaja?

Kalau begitu, saya ingin bertanya balik, "Apa salahnya orang bukan Islam hanya dibenarkan menuntut di Mahkamah Syariah? Bukankah wujudnya Mahkamah Sivil menyusahkan sahaja?"

Itu hak kami. Kewajipan kami sebagai orang Islam, dihukum dengan undang-undang Islam.

Dalam kes Moorthy, apa sebenarnya yang berlaku?

Mohamad b Abdullah atau Moorthy ini sebenarnya tidak pernah dipaksa memeluk Islam. Selepas kematiannya, JAWI menuntut agar mayatnya dikebumikan menurut upacara Islam. Keluarganya tidak berpuas hati dan ada pihak cuba mengambil kesempatan dari kelemahan perlaksanaan undang-undang ini dengan cuba menjadikannya satu isu diskriminasi dan kehilangan hak orang bukan Islam.

Kalau lemahnya dari sudut perlaksanaan, seharusnya semua pihak berusaha agar kelemahan itu dibaiki. Bukannya bersikap, "Marahkan nyamuk, kelambu dibakar." Kita akui mahkamah Syariah masih belum sempurna, kita perlu satu mekanisma yang baik bagi membolehkan isu sebegini ditangani secara bijak. Tetapi kini, isunya sudah bertukar. Saya boleh sebut, kes Moorthy hanya dijadikan "sebab" untuk mereka yang telah lama memperjuangkan IFC dan sekutu mereka. They are playing the cards now. Mereka sengaja memainkan isu demi isu untuk melemahkan undang-undang Islam tanpa berfikir dan bertindak dengan baik bagi mengatasi masalah yang perlu ditangani secara rasional dan bukannya emosional.

Jadi, Artikel 121 (1A) bukan isu?

Tidak sama sekali. Ada pihak yang sedang memanipulasikan isu Moorthy agar ia kelihatan seperti isu Artikel 121 (1A), seterusnya mendesak ia dipinda. Saya percaya, sekiranya tuntutan mereka gagal kali ini, seperti IFC, mereka akan tunggu isu yang lain, dan mereka akan memanipulasikan isu tersebut untuk kepentingan mereka. Dan mereka bersuara di belakang slogan hak bukan Islam, hak minoriti dan sebagainya.

Apa yang terbaik sebenarnya?

Seperti yang disebut dari awal, Artikel 121 (1A) tidak pernah menganggu gugat hak orang bukan Islam. Ia cuma memberikan hak orang Islam dan mahkamah Syariah kembali kepada asal.

Tetapi Artikel 121 (1A) tidak cukup. Ada banyak lagi perlu dibaiki untuk kebaikan bersama. Ini yang perlu dibincangkan. Bukannya menuntut sesuatu yang menyebabkan status Mahkamah Syariah mundur ke belakang.

Justeru, kalaulah kes Moorthy itu isunya, maka fikirlah satu mekanisma lain yang membolehkan isu sebegitu dibaiki di masa depan, dan bukannya isu Moorthy tersebut dimanipulasikan untuk kepentingan pihak tertentu.

Contohnya menetapkan, orang yang memeluk Islam perlu beritahu kepada keluarga. Tidak boleh sorok-sorok. Jabatan-Jabatan Agama Islam wajib membimbing dan menjaga kebajikan orang yang baru memeluk Islam. Dan isu seperti perwarisan harta yang boleh diatasi dengan baik. Dan sebagainya.

Artikel 121 (1A) adalah satu peruntukan yang baik untuk keharmonian agama. Ia perlu dikekalkan dan perlaksanaannya perlu dibaiki dari masa ke masa.

Kata-kata akhir?

Sebenarnya, umat Islam yang sebenarnya banyak dinafikan hak mereka. Kita ada beberapa undang-undang yang menafikan orang Islam dari dihukum dengan peruntukan undang-undang Islam.

Seperti Civil Law Act 1956, Courts of Judicature Act 1964, S.51 of Law Reform (Marriage & Divorce) Act 1976, Specific Relief Act 1950 dan beberapa akta lagi.

Kita sedar, undang-undang ini perlu dipinda demi mengembalikan hak orang Islam, tetapi kami berusaha ke arah pembaikannya secara baik agar tidak menjejaskan keharmonian kaum dan agama. Kita tidak pernah mendesak seperti mereka yang mahukan Artikel 121 (1A) ini dipinda yang secara jelas cuba menghina orang Islam dan kedudukan agama Islam di Malaysia.

Hak minoriti dan bukan Islam sentiasa dipastikan agar ia tidak terganggu sebab itulah usaha membaiki undang-undang ini dibuat secara perlahan dan menerusi pendidikan.

Pesan Terakhir (Sajak oleh Syed Qutb)

Sahabat…
Andainya kematian kau tangisi
Pusara kau siram dengan air matamu
Maka diatas tulang belulangku yang dah luluh
Nyalakaniah obor untuk umat ini Dan
Lanjutkanlah gerak merebut kemenangan

Sahabat,
Kematianku hanyalah suatu perjalanan
Memenuhi panggilan kekasih yang merindu
Taman-taman indah disyurga Tuhan
Terhampar menanti
Burung-burungnya berpesta menyambutku
Dan berbahagialah hidupku di sana


Sahabat,
Puaka kegelapan pastikan lebur
Fajarkan menyingsing
Dan alam ini kan disinari cahaya lagi
Relakan lah rohku terbang menjelang rindunya
Jangan gentar berkelana ke alam abadi
Di sana cahaya fajar memancar.

Sayyid Qutub-1966 

SYAIR As-Syahid Syed Qutb

Ya Allah, jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang
melabuhkan cintanya pada-Mu,
agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu.

Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta,
jagalah cintaku padanya agar tidak
melebihi cintaku pada-Mu

Ya Allah, jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut pada-Mu,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semu.

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak
berpaling dari hati-Mu.

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang
merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah, jika aku rindu,
jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku
merindukan syurga-Mu.

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat
di sepertiga malam terakhirmu.

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang
menyeru manusia kepada-Mu.

Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu,
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta
hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.

Ya Allah Engaku mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun dalam
cinta pada-Mu, telah berjumpa pada taat pada-Mu, telah bersatu dalam
dakwah
pada-MU, telah berpadu dalam membela syariat-Mu. Kukuhkanlah Ya Allah 
ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya. Penuhilah
hati-hati ini dengan Nur-Mu yang tiada pernah pudar. Lapangkanlah
dada-dada
kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di 
jalan-Mu.

Related Posts with Thumbnails
 
Blogger design by suckmylolly.com - background image by Wagner Campelo