Dipetik dari:http://muor76.blogspot.com/2008/04/mat-indera.html
Nama penuh: ahmad bin indera, berdarah pahlawan daripada keturunan datuk bentara husin lela pahlaan siak seri inderapura yang menjadi panglima kanan sultan sharif di siak.
memiliki sifat terpuji seperti lemah lembut, peramah, mudah tersenyum, suka melawak, tidak mudah marah dan tidak gemar menyakiti hati orang lain.
seorang hafiz al-quran, gemar bernasyid, berkasidah dan berzanji. berguru kepada kiayi haji fadzil bentan yang menjadi salah seorang guru dan penasihat dymm sultan ibrahim
dilahirkan pada 1920 di kampung gombak, peserai, batu pahat.
menamatkan persekolahan peringkat darjah enam sekolah agama pada tahun 1937, dan bertugas sebagai seorang guru agama di parit setongkat, muar.
melibatkan diri dalam politik dengan tujuan memerdekakan tahahair daripada penjajahan inggeris
menjadi ahli sayap pemuda parti kebangsaan melayu malaya (PKMM) yang dipimpin dr burhanuddin al-helmy dan ishak haji mohammad, dikenali sebagai angkatan pemuda insaf (API), atau dikenali sebagai angkatan pembunuh inggeris oleh golongan pemuda fanatik
mat indera telah masuk ke hutan dan meneruskan perjuangan secara gerila pada bulan jun 1948, mungkin terpengaruh dengan perjuangan indonesia menentang belanda, dan bergerak di daerah muar, sekitar kawasan lenga, pagoh, jorak, bukit kepong dan poris. satu2nya gerila di hutan ialah kumpulan orang2 cina dikenali sebagai bintang tiga. nak taknak mat indera perlu membina hubungan dengan mereka sebagai pelindung walaupun hakikatnya matlamat perjuangan berbeza, lalu mat indera dicop sebagai komunis yang ganas, berbahaya dan tidak beragama.mat indera menjadi ketua komunis melayu bagi daerah muar,batu pahat dan melaka.
dikaitkan dengan peristiwa serangan balai polis bukit kepong. sebaliknya menurut saksi, seorang anggota polis marin bernama abu bakar yang terselamat dalam serangan, mat indera tidak menyerang, sebaliknya melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota polis. mat indera memang bertanggungjawab mengarahkan serangan tetapi arahan yang diberikan ialah untuk menangkap beberapa orang anggot polis yang berjudi dan mabuk pada malam tahun baru cina, sebaliknya orang2 cina di bawah arahan beliau telah membuat pakatan rahsia dan mengingkari perintah lalu membakar dan membunuh polis.
inggeris ambil kesempatan untuk mengukuhkan dakwaan keganasan mat indera, lalu menawarkan $75,000 sebagai hadiah tawaran penangkapan. mat indera dikatakan mempunyai ilmu ghaib dan telah beberapa kali terlepas daripada tangkapan. namun salah seorang pengikutnya bergelar mat tukyo telah ditangkap inggeris dan dipujuk utk menangkap mat indera. mat tukyo berunding dengan 2 org lagi bernama beladang dan misban. bersetuju menerima tawaran setelah permintaan mereka untuk diberi ganjaran sekeping tanah untuk tapak rumah dan kebun diterima oleh inggeris.
pada malam 14 oktober 1952, mat indera diajak ke sebuah perjumpaan di kampung seri medan, dan dihidangkan tempe goreng dan air kopi yang bercampur dgn kecubung, menyebabkan rasa ngantuk dan mabuk, maka segala tangkal dicabut dan beliau ditewaskan. tangan diikat dgn lalang dan dibawa ke balai polis seri medan. dipercayai kehilangan tangkal dan ikatan lalang menggugurkan semua kekuatan ilmu kebal.
mat indera dipamerkan. ada yang suka, ada yang sedih. beliau dipenjarakan di beberapa tempat, dari batu pahat ke johor bahru, pulau pinang, pudu dan taiping. dalam penjara didera. akhirnya hukuman gantung sampai mati dilaksanakan pada jam 11 malam 30 januari 1953 di penjara taiping. keesokan hari, dikebumikan di kampung jambu air, taiping.
antara cerita lain tentang mat indera:
menahan komunis dari membunuh anggota polis yang cedera di depan balai polis
chin peng mengatakan sekiranya mat indera menyerah diri ketika itu, ramai melayu yang menyertai komunis akan mengikut jejaknya jugak.
adik mat indera mengatakan bukan mat indera yang mengetuai serangan balai polis bukit kepong
cerita orang
kali pertama kene tangkap, dia cakap nak semayang, mase amek air semayang dia ghaib
kali kedua, dia mintak nak sentuh rumput sebelum kene hukum bunuh, mase dia sentuh jer, dia terus ghaib
kali ketiga kene ngan buah kecubung
Dikatakan di hari dia hendak digantung orang kampung keluar beramai-ramai. Mereka berhimpun. Cop komunis yang ada padanya tidak diendahkan lagi kerana semua orang pada ketika itu tahu siapa mat indera yang sebenarnya, seorang yang lemah lembut, baik orangnya dan sentiasa melindungi. Di mata masyarakat pada masa itu, dia seorang pahlawan.
Tuesday, 26 May 2009
KENALI : MAT INDERA, komunis tapi....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 ◄ cOmment(s):
pasni sy nak tau psl sejarah tok janggut, tok bahaman, mat salleh, bla bla bla...
bole post x?hehe...
bole..insyallah
terime kasih sebab bagi kredit.. ade sesetengah org tak nak letak kredit..
salam
nak cari nama difacebook jumpa mat indera.
bagaimanapun syukur... Kini selaku orang Batu Pahat saya tau cerita sebenar mat Indra. Nenek dan Mak saya selalu bercerita pasal mat Indera bila kami berada di Simpang Lima, Mampan, Pt Sulung dan sri Medan sejak tahun 1970an lagi sebab mereka terlibat sama. Bagaimanapun mungkin riwayatnya boleh diperinchikan lagi dgn mencari warga tua yg tau mengenainya . Sebelum mereka meninggalkan kita bersama-sama cerita sejarah yg tidak didukementasikan.
Wasalam..
niat untuk keadilan dengan cara menjadi komunis - niat tak halalkan cara or dalam episod berdarah ni ia dihalalkan?
Tekanan dpd ingris n balaciny..menyebabkan pejuang2 kemerdekaan tulen terperangkap dan dicop pengganas kominis..kata2 niat tidak mghalal cara itu ayat balaci ingris utk membunuh pejuang kemerdekaan sebnarny....supaya diterima masyarakat yg tak tahu .
Assalam
good work bro..keep it up
mengangkat mat indera sbg salah seorang pejuang kemerdekaan tidak salah sebenarnya dari segi jasa2nya sblm bersama komunis, tapi mengangkat mat indera yg ber...sekongkol dgn komunis menyerang bukit kepong sbg hero dan pejuang sebenar adlh satu kesilapan yg sgt besar bkn shj dari segi sejarah malah juga etika perjuangan dlm islam itu sendiri. matlamat x pernah menghalalkan cara. sbg contoh seorang anak yang berniat membantu ibu bapanya yg susah telah mencuri, merompak dan meragut untuk mendapat wang adalah satu kesalahan dari segi cara dan pendekatannya walaupun niatnya sgt baik. begitu juga mat indera yg berniat melawan penjajah british telah masuk ke hutan dan bersekongkol dgn 200 komunis dan membunuh 25 org polis dan org awam menjelang subuh di balai polis bukit kepong secara zalim dan kejam adalah tidak boleh dianggap wira.
Salam,
Komunis agenda adalah nak musnahkan dunia dengan senjata. Melayu join cause tak tahu hujung pangkal. Kalau tak halalu komunis malaya boleh jadi macam Vietnam. Komunis di Russia tak mahu agama dan Raja. Baca sejarah penumbuhan Komunis di Russia oelh Lenin...
Terima kasih atas posting...the fact that Mat Indra cooperate with Komunis was the problem....kita tahu komunis akan menggunakan orang melayu untuk menyebarkan ideologi komunis, then Mat Indra pun join Komunis walaupun tujuan Mat Indra itu berlainan dengan komunis...so the history is in the loop....PAS yang mempunyai perjuangan suci kini telah besokongkol dengan DAP....Kalau kita sibuk dok cerita Mat Sabu, tapi kenapa kita tak sibuk dengan sejarah DAP...
Kesian rakyat Malaysia...bila sebut komunis terus melenting....sedangkan Polis Bukit Kepong terlibat secara langsung bersekongkol dengan Kristian yg menyokong yahudi didalam penempatan Israel di palestin pada masa itu.......Sir Henry Gurney Ketua Polis Tanah Melayu adalah ketua setiausaha British yg berjaya menubuhkan negara yahudi di palestin pada 1948.....dan tidak lupa pula ketua Balai Polis Bukit Kepong Raymond Dancey jugak terlibat bersama Sir Henry Gurney di Palestin.....komunis, sosialis dan nasionalis adalah fahaman bukan agama......Yahudi adalah bangsa paling jahat didunia........siapa yg bunuh Henry Gurney?
Post a Comment